Sempurna Sebahagian Agama...
![]()
Alhamdulillah sempurna sdh sebahagian agama kamu dan sekarang
kerjakan lah pula dengan bersungguh2 utk menyempurnakan bahagian
agamu yang lain.
Segala tuntutan kewajipan agama itu terangkum dalam tiga cabang;
Islam - Iman - Ihsan. Syariat Islam terkandung dalam feqah;Iman
terkandung dlm usuluddin;dan ihsan terkandung dlm tasauf.Kesemua
tuntutan ini seiring berjalan setiap saat di atas
kehidupan seorang mukallaf. Hatta dalam munakahat sekalipun ia
dituntut ke atas setiap muslim.
Sekadar pesanan;
Allah Ta'ala telah sempurnakan apa yg manusia hajati-maka sayugianya
manusia perlu membalas apa yang telah diberi dgn jalan ketaatan.
Jadikan rumah tangga sbg wacana utk lebih mengenali agama.Antara
kewajipan yg perlu diambil berat ialah, suami sewajibnya menjadi tok
guru kpd isteri&anak2 dengan mengajarkan ilmu2 terutama yg fardhu
ain.Seandainya suami tdk mampu menyediakan keperluan itu, maka
sewajibnya dia membawa keluarganya utk mencari ilmu.
Banyak di antara sebab2 kejatuhan ummah adalah berpunca daripada
wanita yg tdk dididik dgn agama,sehingga mereka menuntut kebebasan
yg melampaui batas larangan agama. Ingatlah medan sebenar perjuangan
wanita yg 'tangan kanannya menghayun buaian dan tangan kirinya
menggoncang dunia' adalah di rumah. Apa gunanya jika Nisa'
hebat&lantang di luar sehingga seringkali melampui garis
sempadannya, sedangkan suami&anak2 tdk mendapat haknya di
rumah.Bahkan seringkali berlaku di mana isteri menjadi fitnah ke
atas suami.
Wahai wanita2,janganlah kamu biarkan dirimu menjadi anak panah
syaitan.Janganlah bi'ah pekerjaan manjadikan kamu longgar dgn
auratmu. Tutuplah tubuhmu dan tinggalkanlah tabarruj, kerana yang
selayaknya bagimu bertabarruj adalah di rumah utk suami&mahrammu.
Selangkah kaki kamu melangkah keluar dari rumah,maka sejuta
pandangan akan tertumpu kepadamu.
Mad'u kamu yg sebenar adalah anak2 di rumah.Yang di luar itu
adalah hak kami(kaum muslimin).Untuk itu tidak dapat tidak kami
wajib mempersiapkan diri dgn ilmu utk menyeru mereka. Jika kamu
terlalu risau&ingin juga terjun mengambil bahagian di medan
kami,maka seharusnya kamu serulah suami2 kamu utk bergerak bagi
pihak diri kamu.
Apabila rumahtangga goyah,isteri tak mendengar kata,anak2 dah berani
mendahului kata ibu bapanya- maka sehebat mana seorang 'ustaz'
berjuang di luar,akhirnya akan tersungkur dengan persoalan
anak2&isterinya di depan penghisaban Allah kelak ...











Recent Comments